Yoo Jae-suk belikan kek beras untuk staf? Untuk apa…
Dalam episod ke-156, rancangan hiburan MBC, “Hangout With Yoo” baru-baru ini, Yoo Jae-suk dikhabarkan melakukan satu perkara yang baik buat semua orang di set penggambaran. Yoo Jae-suk berkata,
Dalam perjalanan saya ke sini, saya jumpa satu pasar berdekatan. Ada satu kedai kek beras yang sudah mulai buka sejak pagi, dan saya tidak boleh menahan diri dengan baunya yang sedap. Jadi, saya terus membeli 4 sekaligus.
Yoo Jae-suk turut menyambung,
Saya membelinya untuk staf. Saya fikirkan mereka, sama ada mereka sudah makan atau belum. Saya nak beli 5 terus tapi pengurus saya kata 5 terlalu banyak pula…
Baiknya Jae-suk.. selalu fikir orang lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.