Ikuti Kami:

“Saya Tak Senang Nangis Tapi..” – Jungkook Menangis Teruk Baca Surat Dari Peminat

“Saya Tak Senang Nangis Tapi..” – Jungkook Menangis Teruk Baca Surat Dari Peminat

Siapalah seorang selebriti tanpa peminat mereka kan?

Baru-baru ini, Jung-kook BTS telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, untuk berborak bersama peminat.

Dalam siaran itu, penyanyi lelaki tersebut menonton sebuah video, yang merupakan lagu dan surat dari peminat kepada BTS, sempena ulang tahun ke-10 mereka.

Tidak dapat menahan perasaannya, Jung-kook terus mengelap air matanya dan menangis sehinggalah video itu tamat. Dia juga berkata,

Saya tidak mudah menangis, memang tidak..tetapi apabila bercakap tentang ARMY..😭

Selepas melihat reaksi penyanyi itu, peminat juga turut tersentuh hati dan meninggalkan komen seperti,

Sudah lama saya tidak melihat dia menangis.

 

Saya tak suka tengok dia menangis, walaupun itu air mata kegembiraan 💔

 

Kenapa bila tengok dia menangis saya pun tak boleh berhenti menangis juga 😭

Sayang betul Jung-kook pada ARMY tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...