Ikuti Kami:

“Bukan Hal Awak” – Jungkook Bengang Ada Peminat Halang Buat ‘Live’ Ketika Mabuk

“Bukan Hal Awak” – Jungkook Bengang Ada Peminat Halang Buat ‘Live’ Ketika Mabuk

Peminat pasti tahu bahawa Jung-kook BTS sering berborak bersama peminat menerusi siaran langsung di Weverse.

Terbaru pada 22 Julai, Jung-kook telah melakukan siaran langsung di Weverse, selepas selesai sesi bual bicara menerusi program BBC “The One Show” di London.

Pada awal siaran, dia berkata,

Memandangkan saya telah selesai jadual saya di sini, saya memutuskan untuk bersiaran langsung. Saya mabuk sekarang, tetapi jangan risau. Mabuk tidak akan menghalang saya dari berborak dengan awak semua. Saya akan terus bercakap.

Selain itu, Jung-kook juga ada membaca komen yang bertanya kepadanya sama ada dia benar-benar mabuk. Jawabnya,

Ya, saya mabuk. Tetapi walaupun saya tidak mabuk, saya mungkin akan mempunyai perbualan yang sama dengan ARMY.

jungkook bts

Kemudian, ada juga komen yang memberitahunya untuk tidak melakukan live ketika mabuk. Respon Jung-kook secara jujur,

Saya fikir saya akan mendapat komen seperti ini. Saya pasti ada lebih ramai orang di luar sana yang akan mengkritik saya kerana bersiaran langsung selepas ‘minum’. Jadi apa? Bukannya awak tak ‘minum’.

Sambungnya lagi,

Saya mahu menjaga semua orang yang suka dan sokong saya dengan baik. Saya pernah berkata ini dalam temu bual sebelum ini. Jadi, jangan beritahu saya apa yang saya perlu lakukan. Saya akan hidup dengan cara ini dan itu bukan urusan awak.

jungkook bts

Akhir sekali, penyanyi lagu “Seven” itu membuat kesimpulan dengan menjelaskan,

Jika awak tak suka saya dan akan terus bercakap seperti itu, maka hiduplah seperti itu. Saya akan terus hidup dengan cara ini, ok?

Biar lah Jung-kook nak buat apa pun kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...