Ikuti Kami:

“Saya Tak Seiras Dia” – Konon Rapat, Han Sohee Kantoi Pernah Kutuk Song Hyekyo?

“Saya Tak Seiras Dia” – Konon Rapat, Han Sohee Kantoi Pernah Kutuk Song Hyekyo?

Apabila menjadi perhatian ramai, sudah pasti kesemua tindak-tanduk akan disebut kembali.

Terbaru, selepas Han So-hee dilanda kontroversi ‘cinta transit’ dengan Ryu Jun-yeol hingga putus kini, komen lama Han So-hee di akaun Instagram miliknya kembali tular.

Terdapat perbincangan atas talian tentang satu insiden yang melibatkan Han So-hee, semasa menjadi model fesyen, bertindak secara tegas di media sosial terhadap komen yang membandingkan penampilannya dengan Song Hye-kyo. Apabila orang ramai mengatakan bahawa dia menyerupai pelakon popular itu, dia menjawab dengan kata-kata kesat,

Adakah semua kamu XX dalam kepala? Tak kira siapa yang kamu fikirkan saya serupa, simpanlah pendapat kamu untuk diri kamu sendiri. Kamu gila XXXX.

Dia juga menyatakan,

Saya tidak menyerupai dia, XX.

song hyekyo han sohee

Walaupun isu tersebut merupakan perkara lampau, ia telah mendapat perhatian yang besar, dan secara langsung membangkitkan semula tentang hal-hal lama.

Selepas terkenal dek membintangi “The World of the Married”, Han So-hee menjadi sangat popular dalam dunia pengiklanan dan telah disebut sebagai salah satu pelakon paling utama baru-baru ini. Dia turut mengukuhkan kedudukannya melalui peranan yang berterusan dalam “My Name”, “Nevertheless”, “Soundtrack #1” dan “Gyeongseong Creature”. Orang ramai menganggapnya mempunyai ‘personaliti yang bersahaja’, dan penglibatan bermaknanya dengan orang awam juga menyumbang kepada popularitinya.

Pun begitu, dek isu ini, sepertinya nama pelakon wanita itu kian tercemar di dalam dunia hiburan Korea. Bahkan beberapa kontraknya sebagai duta jenama terkenal telah ditamatkan termasuklah ada sesetengah projek dan syarikat yang terbeban untuk bekerjasama dengan Han So-hee kini.

Benda dah lepas..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...