Ikuti Kami:

“Memang Dia Salah..” – Putus Dengan Ryu Junyeol, Agensi Perjelas Tindakan ‘Tak Matang’ Han Sohee

“Memang Dia Salah..” – Putus Dengan Ryu Junyeol, Agensi Perjelas Tindakan ‘Tak Matang’ Han Sohee

Siapa sangka kita akan melihat jalinan hubungan serta Han So-hee dan Ryu Jun-yeol dalam jarak masa 14 hari sahaja.

Selepas mengakui hubungan cinta mereka, pasangan tersebut melalui pelbagai dugaan dek ditohmah netizen kerana dianggap mengkhianati bekas kekasih Ryu Jun-yeol, Hyeri kerana dikatakan bergerak terlalu pantas untuk menjalinkan hubungan intim. Bahkan tempoh masa mereka berpisah pada November dan perkenalan Ryu Jun-yeol dan Han So-hee beberapa hari selepas itu nyata menimbulkan keraguan orang ramai.

Mungkin kerana desakan umum, akhirnya pasangan baru itu memutuskan untuk berpisah selepas dua minggu bersama. Walaupun pihak lelaki memberikan respon ringkas sahaja, tapi jelas agensi Han So-hee mengenai perpisahan tersebut,

Mereka sedar peranan mereka sebagai pelakon adalah lebih penting. Mereka berjanji untuk tidak membuang emosi disebabkan oleh hal peribadi lagi.

Han So-hee telah membiarkan dirinya dan umum terkesan kerana perasaan peribadi sejak kebelakangan ini. Cara dia berkomunikasi (dengan umum) adalah salah. Dia berasa bersalah dan dia akan menerima segala kritikan yang dilemparkan. Lagi pula, lebih besar tanggungjawab kami kerana tidak menjaga pelakon kami sebagai wakil agensinya. Syarikat ini gagal untuk menjadi tempatnya berharap. Kami sedang bermuhasabah diri. Walaupun sedikit lewat, kami akan membetulkan hal itu bermula sekarang.

Kami berharap semua orang melihatnya dengan baik dan dia akan kembali dengan sihat.

ryu junyeol hawaii

Jodoh tak panjang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Etoday

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...