Ikuti Kami:

“Dah Dia Diam Je..” – Sejurus Putus Cinta, Han Sohee Tinggal Komen ‘Perli’ Ryu Junyeol?

“Dah Dia Diam Je..” – Sejurus Putus Cinta, Han Sohee Tinggal Komen ‘Perli’ Ryu Junyeol?

Siapa sangka, hubungan yang baru sahaja bersemi tiba-tiba bertemu pengakhiran kini.

Terbaru, Han So-hee dan Ryu Jun-yeol mengumumkan bahawa mereka sudah berpisah kini selepas dua minggu mengulit cinta. Malah kedua-dua agensi turut mengesahkan hal berkenaan.

Walau bagaimanapun, sebelum pengumuman perpisahan, Han So-hee dilihat memuat naik foto Nicole Kidman yang bersorak gembira selepas bercerai dengan Tom Cruise. Malah dia sempat membalas komen netizen yang ini,

Baguslah. Bertemu dengan manusia yang hanya tahu mengelak hanya akan meninggalkan hati yang terbakar. Semoga sembuh dengan baik.

Han So Hee menjawab dengan berkata,

Betul lah tu.. Orang yang terlibat itu diam sahaja, sementara saya sebaik mungkin cuba melakukan sesuatu. Malah dia berkata, yang semuanya akan melupakan hal ini apabila masa berlalu. Tapi nak buat macam mana.. Saya bukan seseorang yang boleh berdiam diri, tambahan pula memikirkan perasaan peminat yang berharga.

han sohee ryu junyeol break

Pun begitu, komen Han So-hee dilihat sudah pun dipadam dari entri terbarunya itu.

Han So-hee dan Ryu Jun-yeol mengakui hubungan mereka pada 16 Mac lepas, tetapi dalam proses ini, desas-desus tentang ‘transit cinta’ mula timbul. Wnita itu kerap tampil untuk menjelaskan hal itu, tetapi kontroversi berkenaan terus berulang dan akhirnya menyebabkan perpisahan mereka.

Mungkin ini yang terbaik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...