Ikuti Kami:

[TERKINI] Baru 2 Minggu Bercinta, Han Sohee & Ryu Junyeol Akui Sudah Berpisah

[TERKINI] Baru 2 Minggu Bercinta, Han Sohee & Ryu Junyeol Akui Sudah Berpisah

Tak semua hubungan cinta yang terjalin akan berakhir dengan kesudahan bahagia..

Menurut laporan media Korea, Han So-hee dan Ryu Jun-yeol dilaporkan sudah berpisah kini selepas 2 minggu mengumumkan percintaan mereka kepada umum.

Agensi Ryu Jun-yeol juga mengakui pendedahan itu,

Memang benar Han So-hee dan Ryu Jun-yeol sudah berpisah.

Sebelum ini, hubungan cinta mereka dapat dihidu peminat apabila keduanya dilihat bercengkerama di tepian kolam di sebuah hotel mewah di Hawaii.

ryu junyeol hawaii

Pun begitu, hubungan itu menerima respon negatif apabila nekas kekasih Ryu Jun-yeol iaitu Hyeri meninggalkan mesej mencurigakan di media sosial dengan menulis ‘kelakarnya’. Tambahan pula sesi perkenalan Ryu Jun-yeol dan Han So-hee yang berlaku pada bulan yang sama pasangan itu berpisah terus menimbulkan spekulasi ramai.

Walau bagaimanapun, berita itu semakin panas selepas Han So-hee berterusan menafikan bahawa dia merampas Ryu Jun-yeol dari Hyeri meskipun Hyeri sudah pun menjelaskan posisinya dan meminta maaf.

Ish ish, complicated betul..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Today

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...