Ikuti Kami:

Han Sohee Dilapor Kecewa Ryu Junyeol Enggan Dedah Tempoh Sebenar Perpisahan Dengan Hyeri

Han Sohee Dilapor Kecewa Ryu Junyeol Enggan Dedah Tempoh Sebenar Perpisahan Dengan Hyeri

Sebab tu agaknya ramai personaliti televisyen di Korea lebih memilih untuk menyimpan hal peribadi dari pengetahuan media.

Sejak pagi ini, netizen terus berbincang mengenai ‘entri’ Han So-hee yang terus menjelaskan mengenai hubungannya bersama Ryu Jun-yeol. Tak tahan dengan tohmahan ramai, wanita itu berkeras bahawa dia tidak merampas lelaki itu dari Hyeri.

Lebih menghangatkan suasana apabila wanita itu berkali-kali seperti ‘menyerang’ Hyeri supaya mengeluarkan kenyataan mengenai waktu perpisahan sebenar mereka dan memintanya menghubungi supaya dapat menyelesaikan hal ini.

Dalam satu laporan khas Ilgan Sports, Han So-hee dikatakan kecewa dengan Ryu Jun-yeol kerana dia enggan membantunya untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai situasi hubungan mereka.

ryu junyeol hawaii

Khabarnya, wanita itu benar-benar marah apabila pertama kali membaca dakwaan bahawa Ryu Jun-yeol meninggalkan Hyeri untuk bersamanya. Laporan itu menjelaskan bahawa Han So-hee benar-benar yakin bahawa hubungan kekasihnya bersama Hyeri sudah pun tamat.

Bukan itu sahaja, wanita yang popular dek drama “The World Of The Married” itu ada meminta agensi Ryu Jun-yeol supaya mendedahkan tarikh sebenar lelaki itu berpisah dengan Hyeri namun mereka menolak untuk melakukannya. Sebaliknya, agensi tersebut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Ryu Jun-yeol tidak meninggalkan Hyeri kerana sudah menemui cinta baru. Oleh sebab itu, Han So-hee dikhabarkan sangat kecewa dan ianya ditulis dalam kenyataan yang dikeluarkan di Instagram peribadinya,

Saya juga berasa kecewa kerana orang yang terlibat secara langsung dalam hal ini memilih untuk berdiam diri. Ini bermakna bahawa mungkin saya menulis ini, setelah terpedaya dengan tipu dayanya, dan sememangnya dia meninggalkan awak untuk saya. Oleh itu, sila fahami bahawa apa yang saya tulis tidak berkaitan dengan emosi saya dan hanya berdasarkan fakta serta agensi kami masing-masing.

Makin lama, makin serabut situasi ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Ilgan Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...