Ikuti Kami:

“Dia Ni Kelakar..” – Peminat Pelik Han Sohee Kutuk Kekasih Ryu Junyeol ‘Hodoh’

“Dia Ni Kelakar..” – Peminat Pelik Han Sohee Kutuk Kekasih Ryu Junyeol ‘Hodoh’

Pagi ini, Han So-hee sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila kembali memberikan penjelasan mengenai hubungannya bersama Ryu Jun-yeol.

Malah pelakon itu tidak teragak-agak untuk menujukan perasaan tidak puas hati kepada bekas kekasih, Ryu Jun-yeol iaitu Hyeri di mana dia meminta wanita tersebut menjelaskan bahawa dia tidak merosakkan hubungan mereka,

Walaupun saya tak boleh bercakap secara langsung mengenai ini  (perpisahan mereka) sebab sunbaenim (Hye-ri) menulis dalam catatan permohonan maafnya bahawa dia telah berjanji untuk bertemu dengannya pada bulan November, saya tahu bahawa tujuan pertemuan ini bukanlah untuk menghidupkan semula hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya mengenai satu kenyataan yang disebut Han So-hee mengenai sebab dia memilih Ryu Jun-yeol sebagai kekasih,

Tak seperti hubungan kurang matang yang saya jalani sebelum ini, penampilan luaran bukanlah segalanya, dan melihat bagaimana sisi berisiko saya yang selalu cuba melakukan semua yang dimahukan berjaya dikawal, saya merasa lebih sihat dari segi minda dan badan, dan ianya memang wajar dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Saya merasakan bahawa ini adalah hubungan yang saya perlukan dalam hidup saya.

han sohee ryu junyeol

Rata-ratanya mempersoalkan sama ada Han So-hee secara tersirat mengatakan yang Ryu Jun-yeol ‘buruk’,

Tolonglah bahagia dan kahwin je.. Makin kelakar sebab dia akui yang Ryu Jun-yeol hodoh.

Tak perlu lah sebut rupa pasangan, mesti dia terasa.

Kenapa dia kutuk rupa kekasihnya sendiri?

‘Rupa bukan segalanya’… kelakar!

Kenapa dia masih lagi kacau Hyeri?

Pastikan kahwin dengan Ryu Jun-yeol!

Entahlah…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...