Ingatkan keadaan dah reda tapi rupanya masih banayk lagi yang berbekas di hati Han So-hee.
Subuh tadi, pelakon wanita itu kembali meluahkan perasaan di Instagram bagi menyelar kesemua komen yang menuduhnya ‘merampas’ Ryu Jun-yeol dari Hyeri,
Apa-apa lagi spekulasi tidak berasas ini benar-benar meletihkan saya. Lebih khusus lagi, kami (dia dan Ryu Jun-yeol) bertemu tepat November 2023 di pameran foto (Ia adalah pertemuan pertama kami. Komen palsu yang mendakwa bahawa kami pernah kenal sebelum ini, saya akan mengabaikannya. Saya tak pernah bertemu dengannya di mana-mana acara atau secara peribadi kami juga tidak mengenali rakan yang sama. Beruang itu dibeli pada 2021 hadiah Kakao Talk).
Bukan itu sahaja, Han So-hee turut ‘menyerang’ Hyeri dan memintanya untuk menjelaskan lebih mengenai ‘apa yang kelakar’ tentang situasi ini. Maha turut meluahkan rasa kecewa kerana kekasihnya, Ryu Jun-yeol memilih untuk tak memberikan sebarang kenyataan mengenai hal ini.
Tak lama kemudian, agensi Han So-hee mengeluarkan kenyataan menyatakan,
Kami tidak mempunyai komen tentang entri media sosial yang menyebabkan kontroversi pada pagi ini. Kami minta maaf.
Han So-hee orait tak orait?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.