Ikuti Kami:

“Pedulikan..” – Skandal Dengan Ryu Junyeol, Tindakan Ini Buktikan Han Sohee Tak Kisah Dikritik Netizen

“Pedulikan..” – Skandal Dengan Ryu Junyeol, Tindakan Ini Buktikan Han Sohee Tak Kisah Dikritik Netizen

Bukan mudah menjadi artis, mesti kena ‘kebal’ dengan kecaman netizen.

Minggu lalu, kisah Han So-hee yang mengakui bercinta dengan Ryu Jun-yeol telah menguasai carta gosip di serata industri hiburan Korea. Ini kerana ramai tidak menyangka hubungan pelakon itu selain ramai yang hairan bagaimana lelaki itu boleh ‘move on’ dari bekas kekasih, Hyeri dengan masa yang pantas.

Hingga ada yang menuduh mungkin terdapat kepincangan hubungan antara mereka bertiga sepanjang tempoh masa itu. Malah Hyeri turut memberikan klu seperti dia juga ‘ditipu’ namun disangkal dengan pantas oleh Han So-hee di mana dia bertegas bahawa hubungan bersama Ryu Jun-yeol bermula selepas lelaki itu memegang status ‘single’.

han sohee ryu junyeol hawaii

Selepas pelbagai spekulasi timbul, Han So-hee dan Hyeri memohon maaf atas keterlanjuran kata masing-masing dan meminta tiada lagi sebarang tebakan liar dibuat mengenai hal itu manakala Ryu Jun-yeol kelihatan selesa berdiam diri meskipun di merupakan ‘orang tengah’ dalam skandal ini.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Han So-hee akhirnya kembali ke khalayak umum dengan memuat naik beberapa siri entri di Instagram. Malah dia juga kembali membuka akaun miliknya dalam mod awam selepas menutupnya buat sementara sebelum ini.

Dari tindakan berani pelakon ini, dapat dirumuskan bahawa dia sudah tenang untuk terus aktif meskipun dibanjiri kritikan sejak minggu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...