Sekali lagi, nama Ha Do-kwon menjadi bualan selepas membintangi drama “Marry My Husband”.
Biasa membawa watak antagonis, lelaki itu berlakon sebagai Lee Seok-jun iaitu seorang kaya berpengaruh yang banyak membantu pekerja di U&K Group seperti Yoo Ji-hyuk (Na In-woo) dan Yang Joo-ran (Gong Min-jeong).
Selepas drama itu menamatkan siaran, Ha Do-kwon sempat meninggalkan ucapan buat penonton yang menyokongnya,
Selepas melalui beberapa musim, akhirnya ‘Marry My Husband’ menayangkan episod akhir ketika musim bunga bakal tiba. Saya bersyukur dengan perhatian dan kasih sayang semua orang.
Dalam pada itu, Ha Do-kwon mengakui bahawa drama ini bakal menjadi naskhah yang akan diingatinya untuk jangka masa yang lama.
Best kan watak dia?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.