Ikuti Kami:

“Saya Tak Rasa Saya Perlu..” – Ditanya Jika Boleh Berbahasa Inggeris, Jisoo BP Beri Respon Padu

“Saya Tak Rasa Saya Perlu..” – Ditanya Jika Boleh Berbahasa Inggeris, Jisoo BP Beri Respon Padu

BLACKPINK bukan sahaja popular di Korea malahan, turut mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Terbaru pada 14 April, Ji-soo telah tampil dalam program “”Hal Myung Soo Show” sebagai tetamu, bagi mempromosikan debut solonya dengan album “ME”.

Ketika sedang berborak dengan pengacara Park Myung-soo, Ji-soo berkongsi perasaannya menjadi ahli BLACKPINK terakhir membuat debut solo,

Album solo saya keluar selepas 7 tahun. Ia adalah suasana apabila ahli lain mengeluarkan album solo mereka satu demi satu dan saya adalah pelari terakhir. Saya membuat persediaan dengan lebih selesa kerana mereka mengajar saya apa yang mereka rasa sukar semasa membuat persiapan untuk keluarkan album solo.

jisoo hal myungsoo

Kemudian, Park Myung-soo juga turut bertanya jika Ji-soo pandai berbahasa Inggeris. Respon penyanyi “Flower” itu,

Saya hanya tak banyak bercakap. Saya faham asas bahasa Inggeris tetapi saya tidak rasa saya perlu untuk tampil ke hadapan dan bercakap, kerana 3 ahli lain sudah hebat untuk berbuat demikian.

Tambahnya lagi dengan yakin,

Walaupun saya pergi ke restoran, saya menggunakan penterjemah untuk memesan makanan. Bahasa Inggeris itu sentiasa ada.

Selain itu, Ji-soo juga memberitahu bahawa dia banyak menggunakan isyarat tangan untuk memesan makanan di luar negara.

Tonton episod penuh Ji-soo bersama Park Myung-soo di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...