Ikuti Kami:

“Lelaki & Perempuan Tak Boleh…” – Jisoo Dedah Sebab Tiada Ramai Kawan Lelaki Rapat

“Lelaki & Perempuan Tak Boleh…” – Jisoo Dedah Sebab Tiada Ramai Kawan Lelaki Rapat

Seorang selebriti popular, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang ciri lelaki idaman Ji-soo BLACKPINK kan?

Terbaru, Ji-soo telah tampil sebagai tetamu dalam program Lee Young-ji iaitu “Not Much Prepared”, di mana idola itu bercerita tentang pelbagai perkara.

Khususnya ketika sedang berborak, Lee Young-ji bertanya kepada Ji-soo,

Apakah ciri lelaki idaman awak?

Tidak menjelaskan secara spesifik, Ji-soo sebaliknya berkongsi kepercayaan teguhnya tentang hubungan atau persahabatan antara lelaki dan wanita. Jelasnya,

Ada orang kata lelaki dan perempuan boleh berkawan tapi saya tidak bersetuju. Saya benar-benar maksudkan ini.

Oleh itu, Ji-soo memberitahu bahawa sebab itulah dia tidak mempunyai ramai kawan lelaki yang rapat.

Tambah ahli tertua BLACKPINK itu lagi,

Tetapi saya bersetuju hanya jika mereka sudah berkawan selama lebih 10 tahun. Kerana saya mendengar bahawa jika seseorang melakukan sesuatu selama 10 tahun, dia sudah pakar. Tapi kalau kurang dari sepuluh tahun, ianya rasa tak sedap hati.

Korang setuju tak dengan Ji-soo?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...