Ikuti Kami:

“Saya Tak Rasa Saya Cantik..” – Terima Surat & Makanan, Jisoo BP Kongsi Kisah Jadi Pelajar Popular

“Saya Tak Rasa Saya Cantik..” – Terima Surat & Makanan, Jisoo BP Kongsi Kisah Jadi Pelajar Popular

Kalau cakap pasal idola wanita yang cantik, nama Ji-soo BLACKPINK pasti tidak akan terkecuali!

Terbaru pada 5 Januari, Ji-soo telah muncul sebagai tetamu dalam program baru Hye-ri di YouTube iaitu ‘Hyells Club’, dan ada bercerita mengenai pelbagai topik.

Khususnya Hye-ri ada membaca satu soalan yang ditujukan kepada Ji-soo yang berbunyi,

Sejak bila awak begitu cantik?

Respon ahli tertua BLACKPINK itu,

Saya tak sedar yang saya cantik. Saya dengar bahawa saya popular semasa saya di sekolah menengah kerana ketika di sekolah rendah, saya tidak begitu popular. Ketika itu, rambut saya kelihatan seperti gimbap segi tiga.

jisoo blackpink

Sambungnya lagi dengan berkongsi ada ramai yang ingin mengorat atau berkawan dengannya,

Semasa di sekolah menengah, saya fikir saya popular kerana terdapat roti dan minuman di atas meja saya apabila saya tiba di sekolah. Ia berada di atas meja saya dan ada juga surat. Adakah saya popular?

Dah cantik gini, takkan la tak popular!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...