Ikuti Kami:

YG Entertainment Umum Semua Ahli BLACKPINK Tak Akan Sambung Kontrak Untuk Aktiviti Solo

YG Entertainment Umum Semua Ahli BLACKPINK Tak Akan Sambung Kontrak Untuk Aktiviti Solo

Akhirnya, status kontrak BLACKPINK untuk aktiviti individu mereka bersama YG Entertainment telah didedahkan.

Terbaru pada 29 Disember, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa kesemua ahli BLACKPINK hanya akan bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk aktiviti promosi kumpulan.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan:

Helo, ini YG Entertainment.

Baru-baru ini kami telah menandatangani sambungan kontrak untuk aktiviti kumpulan BLACKPINK. Kami juga telah mencapai persetujuan bahawa kami tidak akan meneruskan kontrak berasingan untuk aktiviti individu mereka.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong aktiviti BLACKPINK dan kami akan bersorak untuk aktiviti individu mereka dengan hati yang hangat.

Terima kasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@jennierubyjane)

Sementara itu, Jennie telah membuka agensinya sendiri ODDATELIER, untuk menguruskan aktiviti solonya.

Selamat maju jaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...