Baru-baru ini, Chen EXO telah mengadakan acara fan sign solonya di Korea, bagi meluangkan waktu bersama peminat.
Di acara itu, Chen ada ditanya oleh seorang peminat,
Apakah nama panggilan yang awak gunakan apabila memesan kopi di Starbucks?
Respon penyanyi “Light Of My Life” itu,
Saya minta maaf tapi saya tak pergi Starbucks.
chen:
“i’m sorry, but i’m not going to starbucks”
I LOVE YOU CHEN, THANK YOU FOR BOYCOTTING 🥹🫶🏻 pic.twitter.com/LHoVUHwdW6
— 니찬백11 🍉| kinda ia (@parknichan7) July 2, 2024
Sambung Chen lagi,
Saya hanya buat kopi saya sendiri di rumah atau membelinya di kedai tempatan.
Selepas klip itu tular dengan 1 juta tontonan setakat ini, netizen rata-rata bangga dengan Chen kerana dia sepertinya memilih untuk tidak minum Starbucks kerana ia adalah jenama yang memberikan sokongan buat Israel untuk menyerang Gaza.
Tambahan sebelum ini, ahli EXO yang lain seperti Suho turut sertai kempen ‘Green Heart Bazaar’, di mana wang derma akan disalurkan buat anak-anak di Gaza.
Sayang EXO!