Ikuti Kami:

“Bidadari” – Jarang Idola K-Pop Popular Lain Buat, Peminat Bangga Dahyun TWICE Berani Tunjuk Sokongan Pada Palestin

“Bidadari” – Jarang Idola K-Pop Popular Lain Buat, Peminat Bangga Dahyun TWICE Berani Tunjuk Sokongan Pada Palestin

Sukanya bila tengok idola K-Pop tidak takut untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pihak yang sepatutnya.

Baru-baru ini, Da-hyun TWICE telah tiba di Lapangan Terbang Gimpo, selepas selesai menghadiri acara Michael Kors di Jepun.

Setibanya di lapangan terbang, perhatian terus tertumpu kepada t-shirt  yang dikenakan idola wanita itu yang merupakan sebahagian dari Kempen Michael Kors.

Untuk pengetahuan, jenama itu berkolaborasi dengan organisasi World Food Programme, di mana hasil yang mereka kumpul akan didermakan, yang bertujuan untuk menyokong Palestin dan menghentikan kelaparan buat rakyat di sana.

Memandangkan jarang idola K-Pop popular menunjukkan sokongan mereka pada Palestin, tindakan Da-hyun ini telah meraih pujian ramai dengan sikap prihatinnya. Komen netizen,

Jiwanya memang baik.
Saya makin sayang dia.
Dia memang bidadari.
Saya bangga sebab dia guna platformnya untuk kebaikan.
Saya perlukan lebih ramai idola seperti dia.
Selayaknya Da-hyun disayangi ramai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...