Ikuti Kami:

Rating Hampir Cecah 10%, ‘Queen Of Tears’ Secara ‘Halus’ Tunjuk Sokongan Buat Palestin?

Rating Hampir Cecah 10%, ‘Queen Of Tears’ Secara ‘Halus’ Tunjuk Sokongan Buat Palestin?

Mesti ramai kan yang dah layan 2 episod pertama drama “Queen of Tears”?

Untuk pengetahuan, “Queen of Tears” menceritakan kisah cinta ajaib antara Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun) dan Hong Hae-in (Kim Ji-won) yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

Berjaya mendapat perhatian penonton, episod pertama drama tersebut telah meraih rating sebanyak 5.9% di seluruh negara, dan meningkat kepada 8.7% untuk episod kedua.

Selain plot drama yang menarik, penonton juga perasan satu butiran yang diselitkan dalam naskhah berkenaan.

queen of tears

Khusunya dalam adegan di mana Baek Hyun-woo dan Hong Hae-in bertemu, terdapat satu bingkai gambar di belakang mereka, yang menyerupai bendera Palestin.

Meskipun ramai yang menganggap ia hanyalah kebetulan namun, ada juga yang tetap kagum sekiranya pengarah memang sengaja meletakkan butiran itu untuk secara ‘halus’ menunjukkan sokongan buat negara tersebut. Komen penonton,

Saya juga perasan. Kalau betul, mereka memang hebat.

 

Semasa tengah tonton pun saya memang terus perasan.

 

Mungkin pada mereka ia hanyalah warna sahaja.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...