Ikuti Kami:

“Saya Tak Pasti Sama Ada Saya Berbakat..” – Kenyataan Taeyang Undang Kemarahan Netizen

“Saya Tak Pasti Sama Ada Saya Berbakat..” – Kenyataan Taeyang Undang Kemarahan Netizen

BIGBANG memang tidak dinafikan merupakan kumpulan K-Pop yang dikagumi ramai dek kebolehan dan bakat mereka.

Baru-baru ini, Taeyang telah tampil dalam rancangan “You Quiz on the Block” sebagai tetamu, di mana penyanyi itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara dari kehidupan dan kerjayanya.

Khususnya dalam siaran itu, pengacara Yoo Jae-suk menegaskan bahawa Taeyang merupakan seorang yang tegun dalam bekerja dan etika dalam kerjayanya masih tiada tandingan, walaupun dalam industri muzik hari ini.

Mengenai ini, ahli BIGBANG itu memberi respon,

Sejak saya masih muda, saya dikelilingi oleh orang-orang yang luar biasa dan berbakat. Ji-young (G-Dragon) adalah salah seorang daripada mereka. Secara objektif, saya masih tidak tahu sama ada saya mempunyai bakat dalam apa-apa perkara.

bigbang taeyang

Sambungnya lagi,

Pemikiran itu sentiasa memakan fikiran saya sebagai seorang pelatih. Jadi saya berfikir dalam hati, ‘Saya harus menjadikan ketekunan sebagai bakat saya’.

Selepas video itu tersebar, netizen kebanyakannya marah dengan kenyataan Taeyang dan menafikan,

Vokal dan tariannya adalah tahap kelas atas, apa yang dia cuba sampaikan ini…

 

Secara objektif, tidak ada idola lain yang mengatasi bakatnya dalam vokal dan tarian?? Dia berkata itu pasti membuatkan ramai idola lain berasa buruk tentang diri mereka sendiri.

 

Dari awal, dia memang ditakdirkan untuk menjadi hebat. Hanya orang hebat yang dikelilingi orang yang berbakat dan sehingga mereka rasa mereka harus memenuhi piawaian itu.

 

Standarnya mesti tinggi kerana dia membesar di sebelah G-Dragon yang genius.

Hmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...