Ikuti Kami:

“Saya Buat Lagu ‘Eyes, Nose, Lips’ Untuk Dia” – Taeyang Kongsi Detik Perkenalan Dengan Min Hyorin

“Saya Buat Lagu ‘Eyes, Nose, Lips’ Untuk Dia” – Taeyang Kongsi Detik Perkenalan Dengan Min Hyorin

Sukanya tengok pasangan bahagia Taeyang dan Min Hyo-rin kan?

Terbaru pada 26 April, Taeyang telah muncul di rancangan “You Quiz on the Block” sebagai tetamu, dan dia ada berkongsi mengenai kisah cintanya bersama isteri, Min Hyo-rin.

Pada awalnya, ahli BIGBANG itu mengimbas kembali waktu kali pertama dia bertemu dengan Min Hyo-rin ketika penggambaran muzik video untuk lagu “1AM”. Kongsi Taeyang,

Kami perlu watak utama wanita untuk MV itu dengan segera dan ada yang mencadangkan nama Min Hyo-rin. Saya menghubunginya melalui seorang kenalan tetapi saya tak fikir dia akan setuju kerana kami tergesa-gesa. Anehnya, dia dengan rela hati bersetuju.

Kemudian, Taeyang juga menyatakan rasa terima kasihnya kepada Min Hyo-rin ketika mereka keluar makan bersama. Jelasnya,

Kami mempunyai perbualan yang hebat. Memandangkan saya tidak mempunyai pengalaman temu janji, bercakap dengan jantina yang berlainan mungkin tidak selesa tetapi dia memimpin perbualan dengan begitu semula jadi tanpa sebarang kejanggalan. Selepas itu, saya menghubunginya semula kerana saya ingin jumpa dengannya lagi.

taeyang min hyorin

Tambahnya lagi,

Semakin lama kami bertemu, semakin saya suka dia. Saya berfikir dalam hati ‘Saya mahu berkahwin dengan orang ini’.

Selain itu, Taeyang juga turut mendedahkan bahawa lagu hitnya “Eyes, Nose, Lips” dicipta semasa perpisahan singkatnya dengan Min Hyo-rin. Lelaki itu menjelaskan,

Saya sangat sibuk dan hampir tidak mempunyai masa di Korea kerana saya sedang melakukan konsert jelajah dunia. Saya tak tahu banyak tentang hubungan kerana saya tidak mempunyai pengalaman bercinta. Pada masa itu, saya membuat lagu ‘Eyes, Nose, Lips’ untuk menyatakan rasa rindu saya padanya.

Akhirnya, mereka berdua bertemu semula selepas keluaran “Eyes, Nose, Lips” dan Taeyang terus meluahkan perasaannya yang sebenar kepada Min Hyo-rin.

Bersemut la!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...