Ikuti Kami:

“Dia Dah Pandai Sebut..” – Dah 17 Bulan, Taeyang Kongsi Detik Comel Anak Lelaki

“Dia Dah Pandai Sebut..” – Dah 17 Bulan, Taeyang Kongsi Detik Comel Anak Lelaki

Selepas menjadi bapa, Taeyang BIGBANG nampaknya telah melalui banyak perubahan dalam hidupnya.

Terbaru pada 24 April, Taeyang telah terlibat dengan satu temu bual, menjelang keluaran album mini solo barunya “Down to Earth” pada 25 April hari ini.

Ketika sesi temu bual, penyanyi itu ditanya sama ada hala tuju muziknya berubah selepas berkahwin dan mempunyai seorang anak kini. Jawab Taeyang,

Bukan sahaja arah muzik tetapi perspektif saya tentang dunia juga banyak berubah. Saya bersyukur dengan perubahan yang begitu indah. Isteri dan anak saya membawa perubahan positif. Saya mempunyai masa yang bahagia dan berharga.

Kemudian, ahli BIGBANG itu turut berkongsi detik-detik paling comel mengenai anak lelakinya. Dia berkata pada awalnya,

Sukar untuk dipilih. Dia kelihatan sangat cantik apabila dia tidur dan sama cantiknya apabila dia bangun.

anak taeyang bigbang

Jelas Taeyang lagi,

Dia baru berusia 17 bulan dan telah mula menuturkan satu perkataan pada satu masa. Baru-baru ini, dia telah menyebut ‘strawberi’ dan ‘buaya’. Sungguh mengagumkan dan menggembirakan apabila dia tiba-tiba menunjukkan sisi dirinya yang saya tidak pernah lihat sebelum ini.

Sementara itu, album baru Taeyang “Down to Earth” telah dilancarkan, dengan judul lagu “Seed”.

Dengarkan di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...