Siap sedia semua untuk dengarkan lagu Taeyang berkolaborasi bersama Lisa BLACKPINK tak lama lagi!
Terbaru menurut laporan, Lisa akan menjadi artis jemputan dalam lagu comeback Taeyang, yang dirancang untuk dikeluarkan pada hujung April ini.
Bukan itu sahaja, Lisa juga dilapor akan muncul dalam muzik video untuk lagu tersebut.
Tidak lama kemudian, agensi Taeyang iaitu The Black Label memberi respon,
Lisa BLACKPINK akan muncul dalam album Taeyang, yang dirancang untuk dikeluarkan pada bulan ini.
Dengan ini, ramai peminat teruja untuk menantikan kerjasama pertama antara kedua artis itu, dan melihat keserasian mereka sebagai penyanyi.
Sama-sama kita nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉