Ikuti Kami:

G-Dragon Jemput Taeyang, RM, Jimin, Lee Soohyuk, Jo Seho & Ramai Lagi Ke Majlis Makan Malam

G-Dragon Jemput Taeyang, RM, Jimin, Lee Soohyuk, Jo Seho & Ramai Lagi Ke Majlis Makan Malam

Siap sedia semua untuk kolaborasi seterusnya jenama G-Dragon iaitu Peaceminusone bersama Nike!

Terbaru, G-Dragon telah mengacarakan majlis makan malam sempena meraikan kolaborasinya bersama Nike untuk kasut Kwondo 1 “Panda”.

Apa yang menarik perhatian, ahli BIGBANG itu telah menjemput ramai bintang popular di acara tersebut, dan mengejutkan orang ramai dengan persahabatannya bersama ramai selebriti hebat.

Antara selebriti yang dilihat hadir memberi sokongan buat G-Dragon ialah Taeyang, Ji-min, RM, Jeon So-mi, Code Kunst, Lee Soo-hyuk, Son Na-eun, Kazuha, Huh Yun-jin, Jo Se-ho dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOON (@yoon_ambush)

Untuk pengetahuan, G-Dragon telah beberapa kali berkerjasama dengan Nike sebelum ini dan telah menjadi pengaruh besar dalam industri fesyen, dek ramai yang menjadikannya inspirasi dalam penggayaan.

Dalam pada itu, Kwondo 1 “Panda” akan dilancarkan secara global pada 18 April ini dengan harga $180 USD (RM786).

Fuh lain macam circle G-Dragon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...