Hampir menjangkau usia 50 tahun, Kim Jong-kook seringkali tidak terlepas dari soalan tentang pasangan hidup.

Terbaru pada siaran 21 September program “Problem Child in House”, semua ahli termasuk Kim Jong-kook sedang membincangkan topik tentang perkahwinan. Kim Jong-min tidak melepaskan peluangnya untuk mengusik Kim Jong-kook dengan berkata,
Saya berasa selesa melihat Jong-kook hyung. Saya rasa saya akan pergi dahulu (berkahwin). Hyung baik-baik saja, tetapi teman wanitanya akan menghadapi masa yang sukar. Dia perlu bersenam, menggunakan sedikit tisu, dan mendengar bebelan.
Mendengar kenyataan itu, Kim Jong-kook memberi respon,
Saya tidak akan memaksa teman wanita saya untuk bersenam atau menyimpan wang.
Kemudian, Kim Jong-min turut berkongsi bahawa dia sedang berfikir untuk melakukan pembekuan sperma. Mengejutkan apabila Kim Jong-kook juga mempunyai pemikiran yang sama. Jelasnya,
Okay juga. Saya juga sedang memikirkannya, jom pergi sekali?
Ada baiknya juga tu..