Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk, Kim Jongkook & Ji Sukjin Dedah Mahu Buat Program Baru Bersama Semua Ahli ‘Running Man’

Yoo Jaesuk, Kim Jongkook & Ji Sukjin Dedah Mahu Buat Program Baru Bersama Semua Ahli ‘Running Man’

Adakah yoo Jae-suk, Ji Suk-jin dan Kim Jong-kook bakal mengeluarkan kandungan video baru buat semua?

Mengejutkan apabila Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin menyertai episod terbaru ‘GYM Jongkook’ sebagai tetamu sempena episod khas Chuseok.

Semasa berbual, Yoo Jae-suk mengakui bahawa dia sering berbincang mengenai program baru bersama Kim Jong-kook dan Ji Suk-jin.

Sekarang kita merakamkan ‘Running Man’ bersama sejak dahulu dan ada program lain yang kita sertai, namun kita ada bersembang untuk melakukan sesuatu bersama dengan mengumpulkan pelbagai idea.

yoo jaesuk kim jongkook ji sukjin

Tambah Kim Jong-kook,

Sebenarnya, mesti kita yang lakukannya. Kita sudah bersama selama 11 tahun.

Katanya, cara penyiaran sudah berubah dan agak seronok sekiranya dapat melakukannya di platfom penstriman.

Pun begitu, Ji Suk-jin nyata tidak dapat menyorok rasa terkejutnya mendengar perbualan itu,

Tapi selalunya kita berbincang secara peribadi, kenapa cakap secara terbuka kini.

yoo jaesuk kim jongkook ji sukjin

Balas Yoo Jae-suk,

Ini bukannya sesuatu yang saya cakap secara tiba-tiba dan kami sudah berbincang selama beberapa bulan lamanya. Saya tak pasti bila tapi kami sedang bercakap mengenainya.

Pun begitu, mereka bertiga meyakinkan semua bahawa cadangan ini hanya akan berlangsung sekiranya ahli “Running Man” bersetuju untuk menyertainya.

Apabila ditanya mengenai pelancaran saluran YouTube sendiri, Yoo Jae-suk menjelaskan bahawa dia tidak suka melakukan sesuatu seperti melepaskan batuk di tangga dan mahu ia dilakukan secara serius dengan skala besar.

Uuuu macam best je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...