Ikuti Kami:

“Datang Lah ‘Running Man’ – Peminat Rindu Lihat Lee Kwangsoo Lepak Bersama Yoo Jaesuk & Ji Sukjin

“Datang Lah ‘Running Man’ – Peminat Rindu Lihat Lee Kwangsoo Lepak Bersama Yoo Jaesuk & Ji Sukjin

Tidak dapat dinafikan bahawa suasana “Running Man” terasa lain apabila Lee Kwang-soo mengundurkan diri pada tahun lalu.

Walaupun lelaki itu bakal bertemu dengan Yoo Jae-suk dalam program lain seperti “The Zone: Survival Mission” dan “Korea No 1” namun ramai sepertinya mendambakan kemunculan ‘si zirafah’ di dalam program SBS itu semula.

Terbaru, Lee Kwang-soo dilihat berkumpul bersama ‘abang-abang’ kesayangannya iaitu Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin. Hal itu dikongsikan sendiri oleh Cho Sae-ho yang turut sama dalam pertemuan itu bersama Nam Chang-hee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 조세호 (@chosaeho)

Menjengah ke ruangan komen, peminat nampaknya tidak menyembunyikan rasa rindu mereka,

Kwang-soo.. Jae-suk.. Suk-jin… (menangis).

 

Lee Kwang-soo tak nak promosi projeknya di ‘Running Man’ ke?

 

Orang yang disukai Yoo Jae-suk berkumpul nampaknya.

 

Dah sampai masa untuk semua muncul dalam ‘Running Man’.

 

Kwang-soo, nanti datanglah ‘Running Man’ sebagai tetamu.

 

Saya marathon episod lama ‘Running Man’ kini kerana rindukan Kwang-soo.

Dalam pada itu, selepas Lee Kwang-soo meninggalkan “Running Man”, dia kekal aktif dalam pelbagai projek seperti drama “Murderer’s Shopping List”, filem “The Pirates 2″ dan program hiburan lain”.

Lamanya tak nampak mereka berkumpul..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...