Lee Kwangsoo Beri Ucapan Buat Peminat Sempena Hari Jadi, Kekasih Lee Sunbin Turut Tinggal Komen
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
10 tahun kita bersamanya, tak sangka Lee Kwang-soo sudah mencecah usia 35 tahun kini.
Terbaru, pelakon itu telah berkongsi kata-kata manis buat peminat yang menghantar pelbagai hadiah buat hari jadinya menerusi Instagram.
Katanya,
Saya menyambut hari yang gembira kerana semua yang mengucapkan selamat hari jadi buat saya. Saya memikirkan sama ada dengan ucapan terima kasih dapat menyampaikan perasaan ini dengan baik tapi saya tak boleh fikirkan apa-apa meliankan ucapan terima kasih. Saya akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menunjukkan banyak perkara baik buat awak.
Bukan sahaja peminat, malah rakan artis lain seperti Han Hyo-joo, Nucksal, Ahn Bo-hyun, Haha, Choi Yu-hwa, Seolhyun dan ramai lagi turut mengucapkan terima kasih buat lelaki itu.
Lebih bermakna apabila kekasihnya Lee Sun-bin dilihat meninggalkan emoji cawan dan kek untuk menyambut hari bermakna itu.

Selamat hari jadi Lee Kwang-soo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




