Sebut sahaja nama Lee Kwang-soo dan Yoo Jae-suk, anda pasti dah terbayang pertelingkahan kecil antara mereka kan?
Lebih 10 tahun membina hubungan sebagai senior dan junior dalam dunia hiburan selain rakan di gimnasium, kedua mereka sudah pun dikenali sebagai ‘kombo’ yang boleh bikin penonton ketawa dalam mana-mana program pun.
Antara program yang menemukan mereka:
SBS Running Man (2010)
Netflix Busted (2018)
Disney+ The Zone: Survival Mission (2022)
Netflix Korea No 1 (2022)
Sepertinya Lee Kwang-soo tidak dapat berpisah dengan Yoo Jae-suk kan? Walaupun pernah muncul sebagai tetamu dalam rancangan hiburan lain seperti “Three Meals A Day” dan “Unexpected Business 2” namun lelaki tinggi lampai itu hanya menjadi hos tetap sesebuah rancanga sekiranya ada Yoo Jae-suk bersamanya.
Menurut pelakon itu, dia sangat menghormati Yoo Jae-suk dan menjadikan pengacara itu sebagai model contoh dalam hidupnya. Katanya dalam sebuah temubual pada tahun 2015,
Kesemua orang mempunyai kekuatan tersendiri tapi saya selalu terfikir ‘Saya mahu menjadi individu sepertinya’ setiap kali melihat Yoo Jae-suk.
Kamceng kan mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.