Namanya terus melonjak naik selepas memegang watak Kwon Min-woo dalam “Extraordinary Attorney Woo”. Namun, baru-baru ini, Joo Jong-hyuk berkongsi mengenai satu hal yang mungkin mengejutkan peminat. Apa agaknya….
Dek kerana lakonannya sebagai Kwon Min-woo menerima banyak sokongan dan pujian penonton, ia menunjukkan bahawa skill lakonannya berjaya memberi impak. Dia tampil sebagai tetamu dalam satu sesi temu bual radio SBS, “Power FM ‘Park Ha-sun’s Cinetown”.Paling mencuri tumpuan apabila dia berkata kepada Park Ha-sun, bahawa dia sebenarnya tidak mahu menjadi pelakon, bahkan dia mengimpikan untuk menjadi seorang pelayan bar di atas sebuah kapal pelayaran mewah.
Dia berkata,
Saya fikir saya akan mendapat gaji yang lumayan jika berkerja menjadi pelayan bar. Saya mula mahu menjadi pelakon semasa saya sedang mempersiapkan diri untuk menjadi pelayan bar.
Saya mula membuat video rakaman promosi dan saya mula merasakan bahawa ianya agak menyeronokkan. Saya mula muncul dalam dunia filem ketika umur 24 atau 25.
Mungkin ramai yang belum tahu, tetapi Joo Jong-hyuk merupakan graduan jurusan pengurusan hotel. Dek kerana itu, menjadi pelayan bar merupakan sesuatu yang dia boleh impikan.
Dia menambah lagi,
Setelah hampir 2 tahun menjadi pelayan bar di Cheongdam-dong, ada seorang penerbit yang kerap datang ke tempat kerja dan menyuruh saya membuat video rakaman promosi. Itulah yang menjadi titik penolak terhadap apa yang saya ada sekarang.
Mungkin jadi pelakon itu dah memang takdir kan….