Ikuti Kami:

“Saya Lebih Suka Dong Guerami” – Joo Jonghyuk Kongsi Jenis Wanita Idamannya

“Saya Lebih Suka Dong Guerami” – Joo Jonghyuk Kongsi Jenis Wanita Idamannya

Watak Kwon Min-woo pastinya meniti di bibir sesiapa sahaja yang menonton “Extraordinary Attorney Woo” kan? Tolak tepi Kwon Min-woo, kerana pelakonnya Joo Jong-hyuk baru-baru ini berkongsi mengenai jenis wanita idamannya. Wah… ada crush kat sesiapa ke?

Joo Jong-hyuk hadir sebagai tetamu dalam siaran radio SBS, “Park Ha-sun Cinetown” dalam siaran terbaru mereka.

Joo Jong-hyuk menerima pelbagai respon yang positif mahupun negatif atas hasil lakonannya dalam “Extraordinary Attorney Woo”, yang baru sahaja tamat siarannya pada 18 Ogos. Namun, secara dasarnya, rata-rata peminat memuji kualiti lakonannya kerana watak Kwon Min-woo memberi impak yang hebat walaupun watak itu dibenci pada awal siaran. joo jonghyukDia berkata,

Saya sebenarnya lebih khuatir kerana saya tidak berasa gelisah tapi saya sangat tenang mengenai respon penonton. 

Park Ha-sun pula berkata,

Betul, kita sebenarnya akan bertambah gelisah bila kita terlalu tenang kan? Joo Hyun-young sebelum ini pernah datang dan dia banyak memuji sikap awak.

joo jonghyukMelalui episod sebelum ini, yang mana Joo Hyun-young tampil sebagai tetamu, dia berkata,

Jika nak dibandingkan antara watak Lee Jun-ho dan Kwon Min-woo, saya lebih sukakan watak Kwon Min-woo kerana sifatnya adalah “type” saya. 

Sambungan daripada itu, Park Ha-sun mula bertanya kepada Joo Jong-hyuk mengenai “ideal type” nya. Lalu dia berkata dengan sedikit malu,

Saya lebih menyukai watak Dong Gue-ra-mi berbanding Choi Soo-yeon. Ini kerana hari itu dia memilih saya, jadi setelah itu saya menghantar pesanan kepadanya dengan “Terima kasih, saya sayang awak.” 

Aw comel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...