Nampaknya, Joo Jong-hyuk telah berjaya membawa wataknya dalam “Extraordinary Attorney Woo” dengan baik.
Baru-baru ini, Joo Jong-hyuk telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar.
Bagi yang belum tahu, Joo Jong-hyuk membawa watak sebagai Kwon Min-woo dalam “Extraordinary Attorney Woo”, yang sentiasa mempunyai prasangka buruk terhadap Woo Young-woo sejak awak lagi. Dengan ekspresi dan kata-kata pedasnya, wataknya memang amat dibenci penonton.
Dalam temu bual yang dilakukan, Joo Jong-hyuk berkongsi reaksi keluarganya menontonnya dalam “Extraordinary Attorney Woo”. Dia berkata,
Keluarga saya pun turut memaki saya.
Joo Jong-hyuk menambah,
Ayah saya melawat Instagram saya setiap hari dan berkata bahawa saya kehilangan 1,000 pengikut hari ini dan suruh saya berhenti jadi jahat.
Kongsinya lagi,
Pada mulanya, saya ragu-ragu dengan ‘Adakah awak menyumpah saya atau Kwon Min-woo’, tetapi sekarang saya menerimanya sebagai pujian kerana saya percaya itu bermakna saya telah melakukan yang baik.
Dalam pada itu, episod terakhir “Extraordinary Attorney Woo” bakal ditayangkan pada 18 Ogos hari ini, di Netflix.
Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.