Ikuti Kami:

“Orang Jerit Nama Saya” – Joo Jonghyuk Ulas Populariti Lepas Bintangi ‘Extraordinary Attorney Woo’

“Orang Jerit Nama Saya” – Joo Jonghyuk Ulas Populariti Lepas Bintangi ‘Extraordinary Attorney Woo’

Selepas muncul dalam “Extraordinary Attorney Woo”, tidak dinafikan semua pelakon dalam drama itu semakin mendapat perhatian kini.

Terbaru pada 10 Ogos, Kang Tae-oh, Kang Ki-young, Ha Yoon-kyung dan Joo Jong-hyuk antara pelakon dari “Extraordinary Attorney Woo”, telah muncul dalam siaran khas Naver NOW sebagai tetamu.

Ketika sedang berborak, mereka ditanya sama ada terdapat perubahan soal populariti mereka selepas muncul dalam drama hit “Extraordinary Attorney Woo”. Kang Tae-oh menjawab,

Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan dan kenalan. Ibu bapa saya meminta saya menandatangani autograf.

pelakon extraordinary attorney woo

Kemudian, Joo Jong-hyuk yang membawa watak sebagai Kwon Min-woo turut menceritakan bagaimana dia merasakan bahawa dirinya semakin dikenali,

Saya mahu merasai populariti saya, jadi saya pergi ke pusat beli belah COEX seorang diri tetapi saya tak rasa sendirian. Sangat mengagumkan bahawa beberapa orang bertentang mata dengan saya dan berkata ‘Kwon Mosulsu’ (nama watak). Ia adalah kali pertama saya mendengar jeritan yang begitu kuat, jadi jantung saya berdegup kencang.

Harap dapat tengok Joo Jong-hyuk berlakon dalam banyak drama lagi lepas ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...