Ikuti Kami:

“Saya Tak Menyesal..” – Ren Kongsi Perasaan Bergerak Solo Selepas Tinggalkan NU’EST

“Saya Tak Menyesal..” – Ren Kongsi Perasaan Bergerak Solo Selepas Tinggalkan NU’EST

Setelah 10 tahun bersama dengan ahli NU’EST, Ren nampaknya telah membuka langkah sebagai penyanyi solo menerusi agensi Big Planet Made.

Dalam satu temu bual yang dilakukannya bersama agensi Big Planet Made, Ren mendedahkan perasaannya mula berdiri sendiri sebagai seorang penyanyi.

Pada awalnya, dia berkongsi bahawa dia telah menghabiskan masa 12 tahun dengan NU’EST termasuk sewaktu menjadi pelatih. Ren menjelaskan,

Saya telah tinggal bersama ahli selama 12 tahun sejak kami menjadi pelatih. Saya sebenarnya menghabiskan lebih banyak masa dengan mereka berbanding dengan keluarga saya. Terdapat banyak perkara yang baik tentang kekal sebagai satu pasukan, tetapi pelbagai keadaan juga berlaku. Saya percaya bahawa kami telah mengekalkan pasukan itu cukup lama dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk berdiri sendiri.

ren nu'est

Tambah Ren,

Setiap ahli mempunyai perkara yang mereka mahu lakukan, jadi kami memutuskan untuk menghormati satu sama lain. Saya tidak menyesal dengan keputusan saya.

Kemudian, Ren turut berkongsi pengalamannya melakukan promosi muzik secara bersendirian. Penyanyi itu tidak dapat menafikan bahawa dia merasa kekosongan yang ditinggalkan ahli NU’EST. Jelasnya,

Apabila saya melakukannya seorang diri, saya dapat merasakan ruang kosong yang mereka tinggalkan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelebihan. Semasa saya bekerja sebagai satu pasukan, saya takut untuk menonjolkan diri saya terlalu banyak kerana ada janji di kalangan kami. Sukar untuk menukar koreografi dan kedudukan, tetapi sekarang saya berada di atas pentas bersendirian, saya berasa bebas untuk menyatakan diri saya.

nu'est ren

Selamat maju jaya buat semua ahli NU’EST!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...