Kim Jonghyun Adakan ‘Fan Meeting’, Bekas Ahli NU’EST Hadir Beri Sokongan
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Bekas dan juga ahli NU’EST baru-baru ini dilihat bergambar mesra bersama-sama. Ada apa-apa ke?
Terbaru, Kim Jong-hyun (JR) memuat naik satu gambar dirinya bersama Hwang Min serta Ren dan Aron. Mereka bertiga dilihat hadir untuk memberi sokongan kepada Kim Jong-hyun disebabkan oleh majlis perjumpaan bersama peminatnya yang pertama.
Foto berserta kapsyen, “Hi,rakan-rakan” dimuat naik melalui akaun Instagram rasmi Kim Jong-hyun di Insta Storynya.
Februari lalu, NU’EST mengumumkan pembubaran mereka apabila Kim Jong-hyun, Aron dan Ren sudah membawa haluan sendiri setelah menamatkan kontrak bersama PLEDIS Entertainment manakala, Baek-ho dan Hwang Min-hyun memperbaharui kontrak mereka.
Dalam pada itu, Kim Jong-hyun menandatangani kontrak eksklusif bersama EVERMORE Entertainment dan dia kini sedang giat menjalankan aktiviti di bawah syarikat tersebut.
Comel je kan gambar dorang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




