Ikuti Kami:

Kim Jonghyun Bekas Ahli NU’EST Tanda Tangani Kontrak Bersama Evermore Entertainment

Kim Jonghyun Bekas Ahli NU’EST Tanda Tangani Kontrak Bersama Evermore Entertainment

Umum pasti mengetahui khabar di mana seorang bekas ahli NU’EST, Kim Jong-hyun yang sudah tidak lagi bergerak secara berkumpulan bersama kumpulan tersebut. Terbaru, dia sudah menandatangani satu kontrak bersama agensi baharu dan khabarnya sedang merancang beberapa aktiviti baru!

Kim Jong-hyun secara rasminya menandatangani kontrak bersama EVERMORE Entertainment dan imej profil rasmi di laman rasmi mereka. Menurut perkongsian oleh agensi, mereka berkata,

Saya gembira dapat bekerjasama dengan Kim Jong-hyun. Kami akan berkembang sebagai rakan kongsi yang baik dan boleh dipercayai.

Kami akan berusaha untuk menyokong Kim Jong-hyun supaya dia dapat mempamerkan kebolehannya dalam pelbagai bidang, termasuk sebagai pelakon dan pemuzik solo.

Kim Jong-hyun sebelum ini memulakan kerjaya sebagai ketua NU’EST pada 2012. Dia juga pernah mengetuai kumpulan tersebut dan berjaya menunjukkan kepimpinan yang luar biasa. Selain beraksi di pentas, Kim Jong-hyun turut membuat persembahan dalam pelbagai bidang seperti hiburan dan drama.

Sementara itu, EVERMORE Entertainment telah mendidik pelbagai artis berbakat seperti band “Busters”, penyanyi dan penulis lagu Ivan, dan “Voiceper”. Kim Ba-da dari “Sinawi” dan Jung Dong-ha dari “Resurrection” yang berjaya mengendali projek solo.

kim jonghyun

Korang tak rasa teruja ke? Dahla akan bergerak solo, mesti nanti semua karya-karya daripada Kim Jong-hyun akan jadi lebih menarik dengan imej baharunya di laman rasmi EVERMORE Entertainment.

Terus menyokong okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...