Ikuti Kami:

“Saya Tak Menyesal Kalau Berkahwin..” – Suzy Menangis Luah Perasaan Tentang Kerjaya

“Saya Tak Menyesal Kalau Berkahwin..” – Suzy Menangis Luah Perasaan Tentang Kerjaya

Jarang menyertai program hiburan kini, Suzy dilihat mampir ke rancangan YouTube rakan baiknya iaitu ‘Jo Hyun-ah’s Thursday Night’.

Semasa bersembang, mereka mula berbincang mengenai topik umur memandangkan Suzy sudah memasuki usia 30-an kini. Jelas bekas idola yang menjadi pelakon itu, dia berasa seronok kerana merasakan dirinya menjadi lebih baik selepas masa semakin berlalu.

Kongsi Jo Hyun-ah pula, Suzy menilik nasib sebelum ini dan dia dikatakan akan berkahwin pada usia 31 tahun. Kata wanita itu,

Kalau 31 tahun, maknanya awak kena berkahwin tahun hadapan. Patutnya awak dah ada teman lelaki sekarang. Kalau dah ada, adakah awak tak akan menyesal mengahwininya.

suzy jo hyunah

Balas Suzy,

Saya seorang yang tidak menyesal dengan keputusan dibuat.

Apabila ditanya sekiranya umur itu mungkin terlalu muda untuk berkahwin, jelasnya,

Walaupun tiada kayu ukur tapi umur itu agak muda. Kalaulah ada majlis perkahwinan, sama ada saya akan melangsungkannya secara sederhana atau besar-besaran.

Bukan sahaja mengenai hal peribadi, Suzy juga bercerita mengenai pilihan yang sukar dilakukan semasa memilih untuk menerajui “Anna”. Jelasnya, ramai yang sebenarnya menghalang dia daripada membintangi siri berkenaan namun dia tetap berkeras untuk mencabar diri sendiri.

suzy jo hyunah

Mula menangis bersama Jo Hyun-ah, wanita itu mengakui bahawa dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mendapat kebenaran syarikat dan CEO. Ini kerana dia tidak mahu melakukan sesuatu sekiranya tidak mendapat sokongan orang di sekelilingnya,

‘Anna’ ialah satu projek yang berharga buat saya.

Suzy nampak dah semakin matang…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...