Ikuti Kami:

Bakal Bergandingan, Yang Sejong Sertai Suzy Dalam Drama Baru ‘The Girl Downstairs’

Bakal Bergandingan, Yang Sejong Sertai Suzy Dalam Drama Baru ‘The Girl Downstairs’

Akhirnya! Dua pelakon ini bakal bergandingan!

Sebelum ini, kami sudah kongsikan bahawa Suzy bakal menjadi teraju utama untuk satu drama terbaru, “The Girl Downstairs”.

Terbaru, pelakon Yang Se-jong juga dikhabarkan bakal menyertai Suzy yang bakal memegang watak sebagai Doo Na dalam drama tersebut manakala, Yang Se-jong akan membawa watak sebagai Won Joon.

Bagi yang belum tahu, “The Girl Downstairs” adalah satu drama romantik yang mengisahkan mengenai seorang pelajar universiti Won Joon yang bertemu dengan seorang idola K-Pop yang sudah bersara iaitu Doo Na.

Drama yang diarahkan oleh pengarah, Lee Jung-hyo ini, dijangka menimbulkan keterujaan dalam kalangan penonton kerana mereka amat menantikan ‘outcome’ yang hebat daripada Suzy dan juga Yang Se-jong.

Tarikh tayangan bagi drama ini masih belum dikongsi sehingga kini, jadi, tunggu update seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...