“Pelakon Sesuai!” – Peminat Teruja Lihat Suzy Jalani Penggambaran Bagi Drama ‘The Girl Downstairs’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Makin tak sabar lah peminat Suzy kalau macam ni…
Artikel Berkaitan
Korang semua pasti sudah tahu bahawa Suzy bakal tampil dalam drama terbaru, “The Girl Downstairs” kan?
Baru-baru ini, beberapa keping gambar Suzy mula tersebar di platform media sosial dan dia dilihat sedang menjalani penggambaran bagi drama tersebut.
Melihat kepada penampilannya, rata-rata dalam kalangan peminat amat teruja dengan watak Lee Doo-na yang akan dibawanya.
https://twitter.com/Sandrapui97/status/1574377045496590336
“Seperti yang semua jangka, imej bagi watak utama Lee Doona sangat sesuai dengan Suzy.”
“Watak utama wanita dalam webtoon ini sangat menarik! Nampaknya ia sesuai dengan imej Suzy.”
“Pelakon yang sesuai! Saya tak sabar nak tengok drama ini!”
Watak Lee Doo-na dalam “The Girl Downstairs”, mengisahkan mengenai seorang vokalis wanita dari kumpulan Sweet Dream, yang membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya selebritinya dan kembali belajar dalam jurusan Teater dan Perfileman di Universiti Min-song.
[UPDATED] All of Suzy’s outfits so far for ‘Lee Doona’
She is literally the prettiest woman ever even though the photos are in low quality !!!!!!! #SUZY #BAESUZY pic.twitter.com/KQzkBRh1Mc
— 영원한배수지 (SUZY) (@suzycontents) September 22, 2022
Peminat juga mula meluahkan rasa teruja mereka terhadap keserasian Suzy dan juga gandingannya Yang Se-jong. Drama ini turut dikhabarkan bakal mula disiarkan menerusi Netflix pada tahun hadapan.
Nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




