Ikuti Kami:

“Saya Tak Melamar Pun..” – 9 Bulan Kenal, Lee Sangyeob Kongsi Tentang Bakal Isteri

“Saya Tak Melamar Pun..” – 9 Bulan Kenal, Lee Sangyeob Kongsi Tentang Bakal Isteri

Tak lama lagi, Lee Sang-yeob akan menamatkan zaman bujangnya.

Terbaru, Lee Sang-yeob telah muncul dalam program MBC “Point of Omniscient Interfere” dan ada berkongsi tentang detik perkenalan bersama bakal isterinya.

Pada awalnya, dia berkata sambil tersenyum,

Saya akan berkahwin pada Mac tahun depan. Kami telah berjumpa selama kira-kira 9 bulan.

Mengenai bagaimana mereka memutuskan untuk berkahwin, Lee Sang-yeob memberitahu,

Sebenarnya, saya tak melamar seperti ‘jom kahwin’ atau apa-apa, ia hanya berlaku secara semula jadi. Pada satu hari, kami tiba-tiba terus membuat tempahan untuk dewan perkahwinan.

lee sangyeob

Kemudian, pelakon lelaki berumur 40 tahun itu turut menceritakan sedikit sebanyak mengenai kekasihnya,

Saya sangat selesa bila kami bersama dan ia sangat seronok. Dia juga sangat cantik di mata saya. Dia lebih muda dari saya tetapi dia bijak dan segala-galanya masuk akal apabila dia bercakap.

Semoga segala urusan untuk berkahwin dipermudahkan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...