Ikuti Kami:

Lee Sangyeob Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Bukan Selebriti Tahun Hadapan

Lee Sangyeob Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Bukan Selebriti Tahun Hadapan

Bukan dengan Jessi, sepertinya Lee Sang-yeob sudah menemui cinta abadinya kini.

Menurut laporan media Korea, lelaki itu bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih bukan selebriti dan lebih muda di sekitar Seoul pada Mac akan datang. Khabarnya, bakal pengantin pelakon itu dikenali kerana rupanya yang menawan.

Katanya, Lee Sang-yeob menyembunyikan hubungan itu sebagai tanda hormat buat teman wanitanya dan terus bercinta dengan baik sebelum mengesahkan perasaan masing-masing hingga membawa kepada perkahwinan. Lelaki itu juga khabarnya sudah memberitahu teman-teman rapat mengenai persiapan perkahwinan mereka.

lee sangyeob

Respon agensinya,

Memang benar Lee Sang-yeob sedang dalam persiapan untuk berkahwin pada Mac tahun hadapan. Dia baru sahaja menyiapkan majlis itu dan kami meminta semua memahami bahawa kami tidak dapat berkongsi informasi lebih lanjut. Kami akan memaklumkan jadual spesifik selepas ia disahkan.

Dalam pada itu, Lee Sang-yeob yang berusia 40 tahun kini sedang sibuk dengan promosi drama “My Lovely Boxer”.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...