Ikuti Kami:

“Saya Tak Mahu Menyusahkan ‘Running Man’..” – Song Jihyo

“Saya Tak Mahu Menyusahkan ‘Running Man’..” – Song Jihyo

Semakin dalam dikaji, semakin sedih mengenangkan apa yang ditanggung oleh Song Ji-hyo sepanjang berada di bawah Uzurocks.

Baru-baru ini, pelakon wanita itu mengumumkan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas agensi berkenaan atas dakwaan ‘hilang kepercayaan’ kerana tidak membayar pendapatan artis dan juga staf.

Meskipun Uzurocks cuba berdalih bahawa mereka akan menamatkan kontrak secara baik namun pihak Song Ji-hyo berjanji tidak akan berganjak daripada tuntutan wang hasil kerja mereka.

Menerusi cerita terbaru wanita tersebut, rupanya dia memendam cerita setelah sekian lama sambil berpura-pura bahagia apabila menjalani jadual rakaman seperti “Running Man”. Dalam melalui konflik itu, Song Ji-hyo dikatakan cuba mengawal minda agar tidak mendatangkan gangguan buat program yang disertainya.

Hanya mampu tersenyum.

song jihyo

Ulas wakilnya,

Terdapat bahagian di mana kami berhati-hati apabila menyampaikan kemas kini mengenainya. Apabila melihat kenyataan Uzurocks, terdapat bahagian penting yang hilang dan kami tidak dihubungi sejak petang kelmarin. Kami bercadang untuk menfailkan saman seperti apa yang dirancang sebelum ini.

Semoga terus kuat Song Ji-hyo.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...