Meskipun sentiasa nampak bertenaga dan cerita di setiap episod “Running Man” namun siapa sangka Haha menyimpan pelbagai kerisauan di dalam diam.
Dalam episod terbaru ‘Pinggyego’ yang diacarakan Yoo Jae-suk, Haha dan Yang Se-chan telah hadir sebagai tetamu bagi menceritakan pelbagai kisah yang berlaku di antara mereka selain yang berlaku di “Running Man”.
Semasa bersembang, Haha berkongsi bahawa dia mengalami kitaran tidur yang teruk kini di mana dia hanya mampu berehat selama 4 jam sahaja pada setiap malam.
Sambung Yoo Jae-suk sambil mengeluh, dia mendedahkan Haha sering menghubungi dan mengatakan bahawa dia mempunyai masalah. Pun begitu, bapa kepada tiga anak itu tidak pernah meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Jelas Haha,
Saya berasa sukar untuk meluahkan mengenai masalah tersebut dan saya juga tak mahu mengecewakan Yoo Jae-suk dengan hal itu.
Tanya pihak produksi mengenai makna kewujudan Yoo Jae-suk buat Haha, jawabnya,
Dia seperti ibu bapa sebenar saya. Saya sangat menyayangi dia.
Bukan itu sahaja, Yoo Jae-suk turut berkongsi bahawa Haha ialah salah seorang rakan yang dia tahu pastinya akan berada bersama sehingga ke akhir nanti.
Sweet tengok keakraban mereka..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉