Pejam celik rupanya dah 13 tahun “Running Man” bersiaran dan rata-rata ahlinya sudah pun mencecah usia 40-an kini.

Dalam episod terbaru ‘Pinggyego’ kelolaan Yoo Jae-suk, Haha dan Yang Se-chan hadir sebagai tetamu dan berkongsi kisah mereka bersama termasuklah cerita di sebalik tabir program berkenaan.
Antara kerisauan yang diutarakan oleh Haha dalam episod ini ialah usianya yang semakin meningkat lantas membina jurang yang luas dengan anak muda. Usik Yoo Jae-suk, lelaki berkenaan sangat merindui zaman mudanya di mana dia sangat aktif bersosial ke sana ke mari.
Jelas Yoo Jae-suk lagi,
Kalau kami makan malam dulu, Haha adalah bintang utama.
Tambah Haha,
Saya yang akan mengetuainya.
Kongsinya, mereka mempunyai satu tarian dipanggil ‘Santa Maria’ yang sering dipersembahkan setiap kali mereka makan bersama dahulu. Nyata menggamit memori,
Tarian ini akan ditarikan bergilir-gilir. Lepas saya, Gary turut akan masuk menari.
Mendengarkan Haha menyebut nama Gary yang sudah pun meninggalkan “Running Man” sejak tahun 2016 nyata menyentuh hati mereka melihat keduanya masih lagi akrab hingga kini.
Cun tak kalau Gary datang jadi tetamu?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉