Bukan mudah apabila kita memulakan sesuatu yang baru di dalam persekitaran yang mungkin sudah tetap buat orang lain. Begitulah yang dirasai Yang Se-chan semasa awal penyertaannya sebagai ahli tetap “Running Man”.
Menerusi episod terbaru program kelolaan Yoo Jae-suk di YouTube iaitu ‘Pinggyego’, pelawak itu yang turut ditemani Haha sebagai tetamu telah merungkai lebih mengenai hal tersebut.
Sudah 6 tahun bersama program itu, ulas Yoo Jae-suk mengenai Yang Se-chan semasa permulaannya bersama “Running Man”,
Pertama kali dia menyertai, setiap orang memerlukan tempoh tersendiri bagi menyesuaikan diri dalam dunia program hiburan. Walaupun ada orang yang mampu menyesuaikan diri dengan pantas tapi buat pelawak, agak sukar untuk meresap masuk.
Angguk Yang Se-chan bersetuju, jelas Yoo Jae-suk lagi,
Kerana menghormati, ada ketika kita takut untuk mencelah. Ada kala kita risau sekiranya dinamik terganggu.
Respon Yang Se-chan,
Sebabkan terlalu berfikir, hingga terlambat untuk mencelah. Oleh itu, saya agak tak tentu arah pada ketika itu. Malah kita perlu pantas untuk mencari keserasian jikalau dalam program hiburan.
Dedah pengacara No 1 Korea itu pula,
Sebab itu, ada yang meminta Yang Se-chan keluar pada awalnya.
Seloroh ahli termuda “Running Man” itu,
Ada yang berkata ‘Awak buat duit dengan berkelakuan seperti itu sahaja?’ Siap awak kalau saya tangkap sesiapa yang berkata begitu! Mestilah dapat bayaran sebab bahagian saya ada ditayangkan.
Konklusi perbincangan ini, Yoo Jae-suk menjelaskan bahawa semua orang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri memandangkan ia merupakan landskap baru buat setiap daripada mereka.
Yang Se-chan pun boleh tahan kelakar kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉