Sudah menjangkau usia 36 tahun, sudah pasti ramai menantikan Jeon So-min untuk menaiki pelamin kan?
Dalam saluran YouTube ‘Ji Sukjin’s World’, wanita itu menerima soalan mengenai kehidupan peribadinya,
Kenapa awak tak ada teman lelaki?
Jawab pelakon tersebut,
Saya tak berjumpa orang dengan senang. Dahulu, saya selalu sahaja berjumpa orang yang disukai tapi saya lebih rasional kini. Disebabkan saya sudah lama tak berjanji temu, saya berasa yang saya tak perlukannya.
Jelasnya lagi, dia perlu meluangkan masa untuk bercinta namun jadualnya yang pada kini membuatkan hal itu sukar dicapai. Jeon So-min juga turut berkongsi bahawa dia menyukai lelaki yang pandai bergurau menggunakan kata-kata.
Bukan itu sahaja, Jeon So-min mengakui bahawa dia suka bersendiri kadang-kadang dan perlu lebih kuat,
Saya tak pasti sampai bila akan bersendiri dan saya tak terfikir untuk berkahwin lagi.
Namun wanita tersebut mengatakan bahawa dia akan berkahwin apabila berjumpa dengan orang yang sesuai dengannya.
Semoga Jeon So-min berjumpa dengan orang yang menyayanginya sepenuh hati.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.