Ikuti Kami:

“Mungkin Dia Sedang Susah Hati” – Ramai Risau Dengar Luahan Song Jihyo

“Mungkin Dia Sedang Susah Hati” – Ramai Risau Dengar Luahan Song Jihyo

Ramai pastinya teringat mengenai persoalan rawak Song Ji-hyo buat Haha dalam episod terbaru “Running Man”.

Dalam episod itu, Haha sempat bercerita mengenai situasi pelik yang dilaluinya bersama Song Ji-hyo semasa di dalam bas sebelum memulakan misi,

Nak dengar satu cerita yang menyeramkan tak? Semasa dalam bas berdua, Song Ji-hyo tiba-tiba bertanya, sambil berbaring, ‘Awak tak selesa dengan saya kan?’

song jihyo haha

Berasa risau mengenai kondisi Song Ji-hyo, para penonton meninggalkan komen berbaur risau selepas mendengar persoalan wanita itu buat Haha,

Haha yang sering menjaganya. Walaupun memberikan soalan itu buat Haha, sepertinya dia turut menujukan soalan yang sama buat ahli lain.

 

Adakah dia bertanya begitu memandangkan ahli lelaki lain lebih senang bergurau dengan Jeon So-min?

 

Mungkin dia perlukan masa berehat. Wajahnya nampak pucat, kesian sangat.

 

Dia seperti susah hati. Harapnya Song Ji-hyo dapat berehat dengan puas selama sebulan. Saya berdoa agar kondisinya kembali pulih.

 

Song Ji-hyo seperti dalam kesusahan.

 

Dia nampak lebih senyap sejak beberapa episod lalu. Adakah dia kurang sihat?

Mungkin Song Ji-hyo sekadar bertanya tanpa apa-apa niat tersorok kot. Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...