Ikuti Kami:

“Saya Tak Mahu Dia Disebut Lagi” – Bekas Kekasih Dedah Sebab Putus Dengan Park Minyoung

“Saya Tak Mahu Dia Disebut Lagi” – Bekas Kekasih Dedah Sebab Putus Dengan Park Minyoung

Pasti ramai yang terkejut apabila pelakon Park Min-young didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama seorang pengusaha kaya bernama Kang Jong-hyun.

Bagi yang belum tahu, pada September lepas, Dispatch telah berkongsi beberapa foto ‘dating’ Park Min-young bersama Kang Jong-hyun, iaitu pengerusi Bithumb salah satu bursa mata wang kripto terbesar Korea Selatan.

Beberapa hari kemudian, agensi pelakon tersebut memberi penjelasan bahawa kedua mereka telah pun berpisah dan dakwaan yang mengatakan bahawa Park Min-young menerima wang kelebihan dari lelaki itu adalah tidak benar.

Meskipun sudah memberi penjelasan namun, nama Park Min-young masih dikaitkan dengan lelaki berkenaan dek ramai yang berasa pelik bahawa betapa cepatnya pelakon tersebut membuat keputusan untuk putus dengan Kang Jong-hyun.

park minyoung dispatch

Terbaru pada 12 Oktober, Kang Jong-hyun sendiri telah tampil memberi keterangan dan bercakap mengenai khabar angin percintaannya bersama pelakon popular itu. Jelasnya,

Saya memang bertemu dengan Min-young pada 29 Oktober (semasa laporan dibuat). Saya tidak mahu merosakkan kerjaya lakonannya kerana saya. Dia sangat suka berlakon jadi kami memutuskan untuk berpisah. Saya tidak kisah bagaimana laporan ditulis tentang saya, tetapi saya tidak mahu dia disebut lagi.

Tambahnya lagi dengan menafikan bahawa dia telah menaja Park Min-young dari segi kewangan,

Satu-satunya perkara yang saya berikan kepada Park Min-young ialah beg Chanel pada hari lahirnya. Saya menerima lebih banyak hadiah daripada Park Min-young.

park minyoung

Haa..jangan nak tuduh-tuduh Park Min-young dah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...