Tiada angin tiada ribut, pelakon Park Min-young telah terpalit dengan gosip bercinta baru-baru ini.

Pada 28 September, Dispatch melaporkan bahawa Park Min-young sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki kaya, Kang Jong-hyun, yang empat tahun lebih tua daripadanya.
Menurut laporan, Kang Jong-hyun adalah seorang pemegang saham utama bagi pertukaran aset maya, yang tinggal di sebuah vila mewah di Hannam-dong, Seoul. Turut dilaporkan bahawa pasangan itu sudah pun bertemu dengan ibu bapa masing-masing.
Setelah pelbagai spekulasi dibuat, agensi tambil memberi respon bahawa mereka sedang dalam proses untuk mengesahkan khabar angin tersebut dengan Park Min-young. Jelas agensi,
Park Min-young sedang menjalani penggambaran drama ‘Love in Contract’, jadi pengesahan fakta sedang ditangguhkan. Kami meminta pemahaman anda kerana tidak dapat mengeluarkan kenyataan tepat dengan segera.
Selain itu, agensinya juga dijangka bakal mengeluarkan kenyataan rasmi selepas melakukan proses semakan fakta bersama pelakon tersebut.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.