Peminat K-Drama pastinya mengetahui bahawa Park Min-young merupakan ‘ratu komedi romantik’ dan sentiasa membawa watak ‘lovely’ yang disayangi ramai.
Bakal ditayangkan minggu hadapan, pelakon wanita itu sekali lagi bakal membawa watak wanita dambaan ramai menerusi drama “Love In Contract”.
Sudah pun meriliskan beberapa teaser, wajah Park Min-young yang nampak sedikit berlainan telah menjadi bualan ramai.
Kata penonton,
Park Min-young sepertinya kehilangan berat badan yang banyak.
Lemak di wajahnya nampak susut sangat.
Dia buat hidung lagi ke?
Kenapa wajah dia berubah sangat?
Tak, kenapa wajah Park Min-young begini? Kenapa bukan macam wajahnya sewaktu ‘Secretary Kim’?
Wajah Park Min-young nampak pelik, terutama dahinya.
Sedihnya tengok dia semakin kurus.
Pun begitu, ada yang memuji Park Min-young kerana kekal menawan sekaligus sesuai untuk membawa watak yang pelbagai. Malah mereka tidak menghiraukannya kerana wanita tersebut yang berbakat dalam bidang lakonan.
Mungkin berat Park Min-young turun mendadak kot.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.